JUARA ORATOR
Pertandingan ini mencari orator terbaik yang mampu menyampaikan ucapan dengan penuh keyakinan, kefasihan, dan karisma dalam bahasa Melayu. Peserta akan dinilai berdasarkan penguasaan bahasa, teknik penyampaian, kekuatan hujah, serta keupayaan mempengaruhi dan memikat audiens. Pertandingan ini bertujuan melahirkan pemidato muda yang berwibawa dan berfikiran kritis dalam pelbagai lapangan.
PUSINGAN PERTAMA (30/10/2025) - Rakaman Video
Syarat Khas Pertandingan
-
Setiap peserta mestilah menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu dan mematuhi tema yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
-
Peserta perlu menghuraikan isi dengan relevan, kritikal dan berimpak.
-
Setiap peserta tidak dibenarkan menggunakan bantuan visual seperti slaid atau video
-
Gaya penyampaian mestilah formal, bersahaja dan meyakinkan.
-
Ucapan mestilah sopan, tidak mengandungi unsur politik, lucah, provokasi atau menyentuh sensitiviti agama atau kaum.
-
Peserta mesti menyesuaikan nada suara dan ekspresi muka supaya sesuai dengan mesej yang disampaikan.
TEMA Pidato: "Ilmu Pemacu Tamadun, Bahasa Menyatukan Bangsa"
Pidato mestilah asli dan hasil karya sendiri. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan
sekiranya tidak memenuhi syarat atau disyaki plagiat tanpa sebarang notis.
Masa:
-
6 minit hingga 7 minit sahaja.
Format Teks Pidato:
-
Dalam bentuk teks salinan lembut (PDF/WORD)
-
Tujuan melihat struktur, isi teks dan plagiat.
-
Tulisan: Arial
-
Saiz: 11
-
Nama Fail: (NAMA INSTITUSI_NO ID_TAJUK PIDATO)
Format Rakaman Video:
-
Satu rakaman (one-take) sahaja, tanpa suntingan.
-
Kamera stabil (tripod/peranti tetap).
-
Format: MP4, 1280 x 720 (HD)
-
Ratio 16:9 (landskap).
-
Syot: sederhana (pinggang ke atas).
-
Wajah jelas, pencahayaan terang.
-
Audio jelas, bebas gangguan bunyi.
-
Penggunaan Telepanduan (teleprompter) tidak dibenarkan.
-
Nama Fail: (NAMA INSTITUSI_NO ID_TAJUK PIDATO)
Format Penghantaran:
-
Penghantaran melalui Google Form (pautan Google Drive) disediakan urus setia.
-
Fail hendaklah mengandungi "Teks Pidato" dan "Rakaman Video" yang dipertandingkan.
-
Pastikan pautan boleh diakses (bukan peribadi/ fail kosong). Jika tidak, penyertaan dikira gagal.
-
Peserta yang tiada akses Google, sila maklumkan urus setia untuk penghantaran alternatif.
-
Hanya versi akhir yang dimuat naik sebelum 23:59 (GMT+8, Waktu Malaysia) pada 30 Oktober akan diterima. Sebarang muat naik semula selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan atau dinilai oleh juri. (Peserta dinasihatkan untuk menukar waktu ini mengikut zon masa tempatan masing-masing bagi menentukan tarikh akhir di negara mereka.
*Keputusan juri muktamad
PUSINGAN AKHIR (17/12/2025) - FIZIKAL
Syarat Khas Pertandingan
-
Rujuk syarat PUSINGAN PERTAMA.
-
Peserta hendaklah bersedia 30 minit lebih awal apabila nama dipanggil. Kegagalan untuk berbuat
demikian boleh mengakibatkan penarikan kelayakan daripada pertandingan.
Masa:
-
Pusingan 1: Pidato PUSINGAN AWAL
-
Peserta diberikan masa 6 minit hingga 7 minit untuk menyampaikan ucapan.
-
-
Pusingan 2: Ucapan Spontan
-
Peserta diberikan tajuk dan 3 minit untuk membuat persediaan secara mental tanpa sebarang bantuan luar.
-
Peserta diberikan masa 4 minit hingga 7 minit untuk menyampaikan ucapan.
-
Bunyi Loceng:
-
Pusingan 1: Pidato
-
Loceng pertama akan dibunyikan pada minit ke 6.
-
Loceng kedua akan dibunyikan pada minit ke 7.
-
-
Pusingan 2: Ucapan Spontan
-
Loceng pertama akan dibunyikan pada minit ke 6.
-
Loceng kedua akan dibunyikan pada minit ke 7.
-
*Keputusan juri muktamad
Kriteria Pemarkahan
Isi & Organisasi- 30%
Penyampaian & Persembahan - 20%
Bahasa & Gaya - 30%
Kreativiti & Impak - 20%