LEGASI SUARA
Pertandingan nyanyian pelbagai bahasa ini menjadi wadah yang meriah untuk menonjolkan bakat vokal dalam empat bahasa berbeza, sekali gus memupuk kepelbagaian budaya dan rasa hormat antara komuniti. Dengan mengetengahkan lagu-lagu daripada pelbagai tradisi dan latar belakang, ia bukan sahaja menghiburkan, malah berperanan penting dalam memelihara warisan bahasa dan menggalakkan persefahaman antara budaya. Melalui sambutan terhadap muzik, pertandingan ini memperkayakan nilai budaya seni nyanyian dan menginspirasikan penghargaan yang lebih mendalam terhadap keindahan tradisi dunia.
PUSINGAN PERTAMA (30/10/2025) - Rakaman Video
Syarat Khas Pertandingan
-
Setiap peserta hanya dibenarkan untuk menyampaikan lagu yang dipilih dalam bahasa Melayu.
-
Lagu yang dipersembahkan mestilah lagu moden atau kontemporari yang sesuai dan tidak berbentuk lagu tradisional sepenuhnya. Lagu berunsur gabungan (fusion) juga dibenarkan.
-
Lagu yang dipertandingkan adalah lagu komersial sedia ada yang dinyanyikan oleh artis di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia.
-
Lirik lagu mestilah sopan, tidak mengandungi unsur lucah, provokasi atau menyentuh sensitiviti agama atau kaum.
Masa:
-
Masa yang diperuntukkan adalah 4 minit hingga 6 minit bagi setiap lagu.
-
Peserta yang melebihi 6 minit akan dikenakan penolakan markah daripada pihak juri.
Persembahan:
-
Setiap peserta dikehendaki untuk menghantar dua video, iaitu :
-
Video 1: tanpa iringan muzik - 4-6 minit
-
Video 2: beserta iringan muzik (minus one) - 4-6 minit
*Keseluruhan Rakaman: 10-12 minit sahaja
-
Lagu rakaman "video 1" dan "video 2" boleh sama atau lagu yang berbeza.
Format Rakaman Video:
-
Setiap rakaman hendaklah dilakukan sekali rakaman (one-take) sahaja, tanpa suntingan dan/atau autotala (autotune).
-
Kamera stabil (tripod/peranti tetap).
-
Format: MP4, 1280 x 720 (HD)
-
Ratio 16:9 (landskap).
-
Syot: penuh atau sederhana (pinggang ke atas).
-
Wajah jelas, pencahayaan terang.
-
Audio jelas, bebas gangguan bunyi.
Format Penghantaran Video:
-
Nama Fail: (NAMA INSTITUSI_NO ID_TAJUK LAGU)
-
Rakaman "video 1" dan "video 2" boleh disatukan atau dihantar asing.
-
Penghantaran melalui Google Form (pautan Google Drive) disediakan urus setia.
-
Pastikan pautan boleh diakses (bukan peribadi/ fail kosong). Jika tidak, penyertaan dikira gagal.
-
Peserta yang tiada akses Google, sila maklumkan urus setia untuk penghantaran alternatif.
-
Hanya versi akhir yang dimuat naik sebelum 23:59 (GMT+8, Waktu Malaysia) pada 30 Oktober akan diterima. Sebarang muat naik semula selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan atau dinilai oleh juri. (Peserta dinasihatkan untuk menukar waktu ini mengikut zon masa tempatan masing-masing bagi menentukan tarikh akhir di negara mereka.
*Keputusan juri muktamad
PUSINGAN AKHIR (17/12/2025) - FIZIKAL
Syarat Khas Pertandingan
-
Rujuk syarat PUSINGAN PERTAMA.
-
Peserta hendaklah hadir 30 minit lebih awal dan bersedia apabila nama dipanggil. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan penarikan kelayakan daripada pertandingan.
Masa:
-
Masa yang diperuntukkan hanya 4 minit hingga 6 minit bagi setiap peserta.
-
Peserta yang melebihi 6 minit akan dikenakan penolakan markah daripada pihak juri.
Muzik dan persembahan:
-
Peserta hanya mempersembahkan SATU lagu sahaja.
-
Peserta boleh menggunakan lagu semasa PUSINGAN PERTAMA atau lagu lain.
-
Setiap peserta dibenarkan menggunakan muzik latar (minus one) sahaja. Persembahan yang diiringi muzik secara langsung, menggunakan alat muzik akustik, atau nyanyian secara a capella tidak dibenarkan.
-
Peserta dibenarkan menguba nada (key) lagu untuk disesuaikan dengan suara peserta.
-
Persembahan hendaklah dibuat secara langsung. Sebarang penyegerakan bibir (lip sync) atau prarakaman suara tidak dibenarkan.
-
Lagu hendaklah diberikan kepada urus setia, SELEWAT-LEWATNYA sehari sebelum hari pertandingan.
*Keputusan juri muktamad
Kriteria Pemarkahan
Vokal & Penguasaan Suara - 40%
-
Ketepatan nada, kekuatan suara, kawalan vokal dan kejelasan sebutan.
Penghayatan & Persembahan - 30%
-
Emosi, ekspresi wajah, gaya persembahan
Kreativiti & Originaliti - 20%
-
Gaya nyanyian dan elemen unik dalam persembahan.
Penampilan & Etika Persembahan - 10%
-
Pakaian & kesungguhan menyampaikan persembahan