DRAMA RADIO
Pertandingan drama radio pelbagai bahasa ini menampilkan persembahan yang memukau dalam tiga bahasa berbeza, menjadi jambatan penghubung antara budaya serta memupuk kepelbagaian dan perpaduan melalui seni penceritaan audio. Dengan menyampaikan kisah-kisah yang berakar daripada pelbagai tradisi dan latar budaya, ia memelihara warisan yang tidak ternilai sambil memperkenalkan khalayak kepada perspektif dan pengalaman baharu. Pertandingan ini bukan sahaja menghiburkan, malah memperkukuh nilai budaya drama radio dengan menonjolkan peranannya sebagai medium abadi untuk berkongsi naratif yang memberi inspirasi, mendidik, dan menghubungkan komuniti merentas batas bahasa.
Syarat Khas Pertandingan
-
Penyertaan seramai 2 hingga 5 orang dalam satu kumpulan.
-
Bahasa penyampaian mestilah sepenuhnya bahasa yang didaftarkan.
-
Drama perlu mengandungi unsur suara, muzik latar dan kesan bunyi yang sesuai untuk memberi impak audio.
-
Drama mestilah asli, hasil ciptaan sendiri dan belum pernah disiarkan, diterbitkan atau memenangi sebarang pertandingan.
-
Rakaman hendaklah jelas, tidak kabur dan kualiti audio yang baik.
-
Drama mestilah sopan, tidak mengandungi unsur politik, lucah, provokasi atau menyentuh sensitiviti agama atau kaum.
-
Peserta hendaklah menggunakan tema yang diberikan.
-
Peserta hendaklah menggunakan
-
ayat "dialog umum".
-
salah satu dalam "ayat dialog pilihan".
-
salah satu dalam "ayat dialog peribahasa pilihan".
-
-
Kedudukan dialog-dialog ini bebas mengikut kreativiti peserta.
Tema: Gema Generasi Esok
Ayat Dialog Umum:
“Esok tidak akan datang dengan sendiri — masa depan itu milik kita, untuk kita bentuk, kita bina, dan kita tuntut… bersama, seiring langkah, seirama jiwa.”
Ayat Dialog Pilihan:
-
“Apa yang kita semai hari ini, mendatang itulah hasil yang akan dituai.”
-
“Teknologi mungkin berubah wajah, namun manusia tetap dengan jiwanya.”
-
"Kadang-kadang, diamnya bicara lebih lantang daripada seribu kata.”
-
“Jika bukan kita yang bangun bangkit, siapa lagi yang akan menyahut seruan ini?”
-
“Bayang-bayang semalam masih menghantui setiap langkahku.”
Ayat Dialog Peribahasa Pilihan:
-
“Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi aur.”
-
“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.”
-
“Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.”
-
“Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.”
-
“Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.”
Masa:
-
Durasi drama radio antara 12 minit hingga 16 minit.
Format Rakaman Audio:
-
Rakaman perlu dihantar dalam format MP3 atau WAV.
-
Nama fail: (NAMA INSTITUSI_NO ID_TAJUK DRAMA RADIO)
Format Penulisan Skrip:
-
Dalam bentuk teks salinan lembut (PDF/WORD)
-
Tajuk Drama
-
Durasi
-
Genre
-
Jumlah Watak
-
Sinopsis (80 hingga 100 patah perkataan)
-
Skrip
-
Nama fail: (NAMA INSTITUSI_NO ID_TAJUK DRAMA RADIO)
Format Penghantaran:
-
Penghantaran melalui Google Form (pautan Google Drive) disediakan urus setia.
-
Fail hendaklah mengandungi "Rakaman Audio" dan "Penulisan Skrip" yang dipertandingkan.
-
Pastikan pautan boleh diakses (bukan peribadi/ fail kosong). Jika tidak, penyertaan dikira gagal.
-
Peserta yang tiada akses Google, sila maklumkan urus setia untuk penghantaran alternatif.
-
Hanya versi akhir yang dimuat naik sebelum 23:59 (GMT+8, Waktu Malaysia) pada 30 Oktober akan diterima. Sebarang muat naik semula selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan atau dinilai oleh juri. (Peserta dinasihatkan untuk menukar waktu ini mengikut zon masa tempatan masing-masing bagi menentukan tarikh akhir di negara mereka.
*Keputusan juri muktamad
Kriteria Pemarkahan
Kandungan & Jalan Cerita - 25%
-
Kekuatan plot, mesej yang disampaikan, tema yang relevan dan impak cerita
Skrip & Dialog - 20%
-
Keaslian, penggunaan bahasa yang baik, dialog yang berkesan dan realistik
Penghayatan Watak - 20%
-
Kejelasan emosi, intonasi suara dan kesesuaian suara dengan watak
Kesan Bunyi & Muzik Latar - 15%
-
Kesesuaian kreativiti dan keberkesanan bunyi dalam menyampaikan menyampaikan suasana
Teknik Rakaman & Kualiti Audio - 10%
-
Kejelasan suara, tiada gangguan bunyi dan rakaman yang profesional
Kreativiti Persembahan - 10%
-
Menarik, unik dan berlainan