NUKILAN JIWA
Pertandingan penulisan puisi pelbagai bahasa ini menyediakan wadah kreatif untuk peserta menzahirkan pemikiran, emosi, dan idea dalam tiga bahasa berbeza, sekali gus memupuk penghargaan terhadap kepelbagaian budaya dan perpaduan. Dengan mengangkat puisi daripada pelbagai tradisi, pertandingan ini membantu memelihara warisan sastera yang bernilai sambil menggalakkan dialog antara budaya. Ia turut memperkayakan nilai budaya dalam puisi, membolehkan penulis dan pembaca sama-sama merasai kekayaan, keindahan, serta perspektif unik yang terkandung dalam setiap bahasa.
PUSINGAN PERTAMA (30/10/2025) - Rakaman Video
Syarat Khas Pertandingan
-
Penulisan sajak yang dideklamasikan mestilah dalam bahasa Melayu dan mematuhi tema yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
-
Sajak mestilah sopan, tidak mengandungi unsur lucah, provokasi atau menyentuh sensitiviti agama atau kaum.
-
Sajak yang dihantar akan menjadi hak simpanan pihak urus setia untuk tujuan pengumpulan dan penerbitan, namun hak cipta sajak tersebut tetap kekal milik penulis. Penulis akan dimaklumkan sekiranya sajak mereka diterbitkan.
TEMA SAJAK: Identiti dan Budaya
Sajak mestilah asli dan hasil karya sendiri. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan
sekiranya tidak memenuhi syarat atau disyaki plagiat tanpa sebarang notis.
Masa:
-
Masa yang diperuntukkan adalah 3 minit hingga 7 minit bagi setiap peserta.
-
Peserta yang melebihi daripada 7 minit akan dikenakan penolakan markah daripada pihak juri.
Muzik dan persembahan:
-
Setiap peserta dibenarkan menggunakan muzik latar (instrumental) dan dibenarkan bermain apa-apa alat muzik
-
Persembahan hendaklah dibuat secara langsung. Sebarang penyegerakan bibir (lip sync) atau prarakaman suara tidak dibenarkan.
Format Teks Sajak:
-
Dalam bentuk teks salinan lembut (PDF/WORD)
-
Tulisan: Arial
-
Saiz: 11
-
Langkau : 1.5
-
Antara 3 hingga 5 rangkap
-
Maksimum 20 baris
-
Nama Fail: (NAMA INSTITUSI_NO ID_TAJUK SAJAK)
Format Rakaman Video:
-
Satu rakaman (one-take) sahaja, tanpa suntingan.
-
Kamera stabil (tripod/peranti tetap).
-
Format: MP4, 1280 x 720 (HD)
-
Ratio 16:9 (landskap).
-
Syot: sederhana (pinggang ke atas).
-
Wajah jelas, pencahayaan terang.
-
Audio jelas, bebas gangguan bunyi.
-
Penggunaan Telepanduan (teleprompter) tidak dibenarkan.
-
Nama Fail: (NAMA INSTITUSI_NO ID_TAJUK SAJAK)
Format Penghantaran Video:
-
Penghantaran melalui Google Form (pautan Google Drive) disediakan urus setia.
-
Fail hendaklah mengandungi "Teks Sajak" dan "Rakaman Video" yang dipertandingkan.
-
Pastikan pautan boleh diakses (bukan peribadi/ fail kosong). Jika tidak, penyertaan dikira gagal.
-
Peserta yang tiada akses Google, sila maklumkan urus setia untuk penghantaran alternatif.
-
Hanya versi akhir yang dimuat naik sebelum 23:59 (GMT+8, Waktu Malaysia) pada 30 Oktober akan diterima. Sebarang muat naik semula selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan atau dinilai oleh juri. (Peserta dinasihatkan untuk menukar waktu ini mengikut zon masa tempatan masing-masing bagi menentukan tarikh akhir di negara mereka.
*Keputusan juri muktamad
PUSINGAN AKHIR (17/12/2025) - FIZIKAL
Syarat Khas Pertandingan
-
Peserta hendaklah bersedia 30 minit lebih awal apabila nama dipanggil. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh mengakibatkan penarikan kelayakan daripada pertandingan.
Sajak yang sama sewaktu PUSINGAN PERTAMA akan digunakan.
Masa:
-
Masa yang diperuntukkan adalah 3 minit hingga 10 minit bagi setiap peserta.
-
Peserta yang melebihi daripada 10 minit akan dikenakan penolakan markah daripada pihak juri.
Muzik dan persembahan:
-
Setiap peserta dibenarkan menggunakan muzik latar (instrumental) dan dibenarkan bermain apa-apa alat muzik
-
Persembahan hendaklah dibuat secara langsung. Sebarang penyegerakan bibir (lip sync) atau prarakaman suara tidak dibenarkan.
*Keputusan juri muktamad
Kriteria Pemarkahan
Teknik & Penghayatan: 20%
Penggunaan Bahasa: 20%
Suara & Intonasi: 20%
Sebutan: 20%
Kontak Mata & Penampilan: 20%